>

Heart

Thursday, 8 March 2012

Kita ialah siapa yang kita mahu..*Heart*

Heart nak emosi sekejap..

Heart belum balik keje lagi..tak sedap hati sebab hari ni Heart tak pergi kelas..Heart still kat ofis lagi..Berkira-kira nak balik..Hari hujan sendu kat luar tu.Heart lupa bawa payung..Aihh..

#Situasi: Melankolik jap (Tiru ayat Pingu Toha sebab Heart minat dier..)

Sambil kira titis hujan kat tingkap,Heart termenung sekejap..Heart teringat..cita-cita Heart yang selalu sangat, bila Heart teringat,Heart akan terus bersemangat..cita-cita Heart nak jadi polis..sebab Heart selalu nak lindungi wanita dan kanak-kanak.Terlalu obsesi.Heart tak tahu sama ada perkara ni baik atau tidak sebab kawan Heart pernah cakap, "Sedar kemampuan diri tu,jangan terlalu obses dengan cita-cita tu takut tak tercapai..".

Beliau sambung lagi,

"Awak tu perempuan,sekuat mana kudrat awak nak buat benda-benda macam ni.."

Ada jugak yang cakap,

"Jangan sampai perkara ni makan diri sendiri.."

Heart diam je..

Doakan cita-cita Heart tercapai dan Allah kuatkan hati Heart..
(sambung kira rain drop kat tingkap opis..)

No comments:

Post a Comment