>

Heart

Monday 7 May 2012

#Kata-kata buat hati dan teman

Saat hati mencari bahagia,
Saat hati mengoyak duka,
Ku kirim sedikit buat penenang jiwa..


#Nak melankolik sikit..semangat ckit, Heart oii..ok2,ehemm..Masa untuk diri sendiri muhasabah..


Jika kelmarin tidak berakhir seperti apa yang kamu inginkan,ingatlah;
Jika Allah ingin kelmarin kamu sempurna,Dia tidak perlu ciptakan hari ini.
(#Termenung..)


Rasa sakit membuatmu lebih kuat, rasa takut membuatmu lebih berani, patah hati membuatmu lebih bijaksana.
(#Senyum..)


Kegagalan adalah hal yang biasa.Bukan beeerti Allah menghukummu,cuma mahu kamu kembali kepadaNya.
(#Terhantuk kat meja)


Rasa sakit bukanlah hasil dari sesuatu masalah, rasa sakit adalah bagaimana kita bereaksi terhadap suatu masalah.
(#.....)


Jangan mengeluh harimu,bersyukurlah atas nafasmu,Allah memberikannya kepadamu kerana Dia tahu,kamu mampu menjalaninya..
(#Alhamdulillah..)


Sederhana dalam mencintai,ikhlas menerima kekurangan dan setia dalam menjalin hubungan.
(#suker..)


Doaku hari ini: Tuhan,pertemukanku dengan orang yang baik-baik, agar aku dapat meneladani mereka.
(#Mau!!)


Adalah hal yang menyenangkan jika memiliki orang yang mampu membuatmu senyum dan ketawa di saat kamu tidak ingin melakukannya.
(#Alhamdulillah..)


Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita ingini tetapi mencintai semua yang kita miliki.
(#Saya bahagia!)


Seorang wanita sejati tidak menuntut,ia berterima kasih, seorang pria tidak berjanji, ia berkomitmen.
(#Insaf!)


Tidak perlu kesempurnaan untuk bahagia kerana bahagia adalah melihat suatu apa pun secara sempurna.
(#Ya tak ya jugak)


Sebelum bertindak,fikirkan. Sebelum berbicara, dengarkan. Sebelum menghakimi, fahami. Sebelum melupakan, maafkan.
(#akan jadi amalan,InsyaAllah)


Hidup ini bukan tentang menyenangkan mereka yang menyukaimu, tapi tentang menyenangkan Tuhan dan menjadi seorang hamba yang Dia inginkan.
(#InsyaAllah)


Mudah berkata "Oh, bukan.Begini sebenarnya.." .Namun sukar berkata "Oh,begitu..". Duhai manusia, tidak perlulah terlalu sombong dan ego..
(#terkena batang hidung i...)


Apa yang mendekatkanmu pada Allah adalah apa yang Allah dekatkan padamu.
(#Syukur..)


Jangan berubah hanya kerana orang yang tidak menyukaimu.Jadilah diri sendiri kerana akan selalu ada orang yang menerimamu seadanya..
(# (^_^) )


Dua sahabat menjadi kekasih = ketulusan.
Dua mantan kekasih menjadi sahabat = kedewasaan.
(# Terbatuk..)


Sahabat sejati adalah mereka yang suka memaafkan.Kerana mereka selalu saja akan temukan alasan untuk memaafkanmu.
(#erm...)


Sahabat tidak perlu saling memahami kerana sahabat akan saling menerima hal yang tidak dapat difahami.
(#Garu kepala)


Jika hujan turun,cuba keluar dan kira berapa titis hujan yang turun kerana sebanyak itulah aku bersyukur memiliki teman seperti mu..
(#So sweet..)






Jahilnya Heart..(-_-)

















No comments:

Post a Comment