>

Heart

Thursday 8 March 2012

Heart takut!!

Darah beliau kat baju Heart..Ok,Heart tau Heart jahat..
Shihan tanya Heart,


"Kamu mahu bertanding ke?"


Heart jawab,


"Nak!"


Tapi malam tu Heart termenung..Berani ke Heart..Heart berkira-kira..Kalau ini jalan atau pengalaman berguna yang Heart akan bawa bersama cita-cita Heart,Heart akan sanggup..Heart masih gadis biasa..Heart ada rasa takut..tapi kalau perkara macam ini pun Heart takut,macammana Heart nak hadapi realiti nanti..macammana Heart nak lindungi mereka yang heart cinta?Jadi Heart tunggu hari tu dengan penuh debaran..dan akhirnya hari tu tiba.......


*Heart cuba-cuba masuk pertandingan karate tu bukan sebab nak buktikan Heart kuat atau apa..Heart perlu latih diri..Heart ada masalah nervous yang sangat serius..Heart perlu atasi..Macammana Heart nak hadapi perkara yang lebih besar nanti..*


Masa tengah daftar ada seorang penganjur datang pada Heart.


"Eh, awak..ni Freestyle punya tournament..kenapa tak mahu ikut rules.."


Heart blur sbb Heart ni kali pertama Heart..Heart pandang beliau..Beliau sambung..


"Awak lagi tinggi dari dia,kenapa tak nak tumbuk dan tendang muka,opponent awak dah nak nangis dah kat belakang tu,"


Heart terkejut, Heart jawab,


"Bang,saya pun baru masuk,saya pun takut bang...hmmm..ok la kalau macam tu saya cuba je..".Heart dah takut..Tangan Heart gigil..


Akhirnya Heart lawan juga guna rules yang mereka tetapkan..Heart tengok dia,manis orangnye..Heart pejam mata rapat-rapat dan tawakal..


1st round, entah macammana,silap Heart,Heart tertumbuk muka dia..hidung dia berdarah..darah yang sangat banyak..Tiga2 round hidung dia berdarah banyak..Heart tengok mata dia merah..dia nangis..Heart pun  nangis jugak..rasa bersalah..lutut Heart dah lemah..Heart cuma bertahan dan dia pun macam Heart..dan kami seri..Heart nak jumpa dia lepas tu tapi Heart sendiri pun terpaksa pergi toilet sebab mulut Heart berdarah..Heart nak jumpa dia nak minta maaf..Tapi lepas tu Heart tak jumpa dia..Esoknya Heart datang lagi..Heart nak cari dia..Cita-cita Heart nak lindungi perempuan tapi sekarang ni Heart sendiri yang cederakan dia..!!Heart jahat,Heart tau..


Heart nampak dia.Lega sebab Heart nampak dia pakai baju blaus..cantik..tengah ambil gambar kawan dia yang tengah bertanding..Heart lega..Dia okey..Heart jumpa dia dan minta maaf..dia pun minta maaf..Owh..nama beliau Fatin..Secantik tuan..Nanti!!dia minta maaf pada Heart?Kenapa?lepas tu dia tunjuk mata Heart..Oh ye la..Mata Heart lebam kena tumbuk dengan dia..lupe..huhu..

No comments:

Post a Comment